Dishonored 2 Diumumkan Secara Rasmi : Boleh Memainkan Dua Watak Berasingan

Dishonored 2 Diumumkan Secara Rasmi : Boleh Memainkan Dua Watak Berasingan

Diterbitkan pada June 15, 2015 oleh .

Dishonored 2

Dishonored ialah sebuah permainan FPS yang muncul pada tahun 2012 dan mempunyai cara permainan yang unik. Anda boleh bermain seperti seorang ninja ataupun pembunuh gila di dunia Steampunk Dunwall. Gabungan kuasa sihir dan teknologi moden di dalam permainan ini sangat menarik dan ia turut mempunyai dua pengakhiran cerita berbeza bergantung kepada cara permainan anda.

Hari ini Dishonored 2 diumumkan secara rasmi untuk Pc. PlayStation 4 dan Xbox One. Dishonored 2 membolehkan anda bermain menggunakan dua watak berbeza iaitu Corvo Attano dan Emily Kaldwin. Tiada tarikh bilakah ia akan mula dijual tetapi dari trailer yang diperlihatkan permainan ini nampak penuh aksi.


TIPS & ULASAN