HP Melancarkan HP Stream 7 dan Stream 8 – Tablet Berasaskan Windows 8.1 Dan Cip Intel Atom

HP Melancarkan HP Stream 7 dan Stream 8 – Tablet Berasaskan Windows 8.1 Dan Cip Intel Atom

Diterbitkan pada June 15, 2015 oleh .

HP pada tahun lepas telah melancarkan siri Stream mereka, memfokuskan kepada komputer riba mampu-milik dan turut menjalankan sistem operasi Windows 8.1 Bing. Selain daripada komputer riba, mereka turut menawarkan tablet dibawah keluarga Stream sejak tahun lepas, dan hari ini ia diperkenalkan secara rasmi oleh pihak HP Malaysia.

HP Stream

HP Stream

Dua variasi tablet dibawah keluarga HP Stream adalah HP Stream 8 dan juga HP Stream 7. Seperti biasa, angka yang digunakan merujuk kepada saiz tablet berkenaan, dimana Stream 8 hadir dengan skrin 8-inci, sementara Stream 7 pula hadir dengan skrin 7-inci.

Dari segi spesifikasi, HP Stream 8 menggunakan cip Intel Atom Z3735G 1.8GHz serta dikuasakan Intel HD Graphics, memori 1GB DDR3, ruangan storan 32GB, serta resolusi paparan skrin pada kadar 1280×800 pixel.

Membezakan kedua-duanya tablet selain daripada skrin adalah sokongan rangkaian. HP Stream 8 hadir dengan sokongan kad-SIM, sementara Stream 7 hanya hadir dengan sokongan WiFi sahaja. Kedua-dua tablet ini turut dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel, dan menjalankan sistem operasi Windows 8.1.

Memandangkan ia menggunakan Windows 8.1, beberapa penawaran tambahan turut hadir, termasuk ruangan storan percuma sebesar 1TB melalui OneDrive, selain akses ke Office 365 selama setahun secara percuma.

Untuk pasaran Malaysia, HP Stream 7 dijual pada harga RM529, sementara HP Stream 8 pula membawakan tanda harga RM847.


TIPS & ULASAN