Cari @ Amanz

Angka kes-kes yang melibatkan nyamuk Aedes di Malaysia boleh dikatakan meningkat dari hari ke hari, dan terdapat pelbagai usaha untuk mengatasinya. Kini, salah satu aplikasi hadir untuk menghalau nyamuk Aedes ini, dinamakan sebagai Kil-Dengue dan ditawarkan untuk Android dan juga iOS.

Kil-Dengue

Aplikasi ini menggunakan gelombang bunyi dan menjana frekuensi khusus untuk menghalau nyamuk berkenaan sekaligus mengelakkan pengguna daripada digigit oleh nyamuk berkenaan.

Menurut pembangunnya, terdapat pelbagai aplikasi seumpamanya di pasaran pada hari ini, tetapi Kil-Dengue dioptimasikan khusus untuk nyamuk Aedes Aegypti – jenis nyamuk Aedes majoriti di Malaysia.

Frekuensi yang dihasilkan oleh aplikasi ini mempunyai bunyi yang sangat rendah yang tidak didengar pada telinga manusia. Melalui frekuensi bunyi berkenaan, ia menghalau nyamuk betina Aedes Aegypti yang mana sering menyebarkan jangkitan virus denggi.

Aplikasi Kil-Dengue ini ditawarkan secara berbayar pada Apple AppStore dan Google PlayStore, dan boleh dimuat-turun hari ini.

Kil Dengue

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd