Cari @ Amanz

Huawei ketika pengenalan Huawei P8 tempoh hari, turut telah memperkenalkan peranti boleh-pakai mereka tersendiri, dinamakan sebagai Huawei Talkband B2. Huawei Talkband B2 merupakan gelang-tangan pintar, dimana bahagian utamanya boleh ditanggalkan daripada strap dan digunakan sebagai earpiece.

Huawei TalkBand B2 hadir dengan sokongan Bluetooth 3.0 – membolehkan pengguna menghubungkan ia ke peranti untuk mengikuti notifikasi, memantau aktiviti senaman, selain turut menggunakannya untuk menjawab panggilan atau mendengar lagu.

Huawei TalkBand B2

Huawei TalkBand B2

Di Malaysia, dua variasi akan ditawarkan, iaitu warna hitam putih serta warna emas. Huawei Talkband B2 berwarkan emas akan dijual pada harga RM668, sementara berwarna hitam putih pula berharga RM558.

Pengguna yang mendapatkan Huawei P8 turut boleh menikmati diskaun tambahan sebanyak 30% apabila mendapatkan peranti ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd