TuneTalk Menawarkan Data Percuma 1GB Dengan Setiap Tambah-Nilai RM30

TuneTalk Menawarkan Data Percuma 1GB Dengan Setiap Tambah-Nilai RM30

Diterbitkan pada June 15, 2015 oleh .

TuneTalk sebelum ini menawarkan kredit percuma sebanyak RM10 untuk setiap tambah-nilai RM30, sementara percuma RM20 untuk tambah nilai RM50. Kini, perkara tersebut diubah sedikit oleh pihak TuneTalk, dimana mereka kini menawarkan data percuma sebanyak 1GB untuk setiap tambah-nilai RM30.

TuneTalk 1GB RM30

Promosi baru ini menggantikan penawaran kredit percuma RM10 sebelum ini, dan ia ditawarkan untuk semua pengguna Tune Talk, Tone Excel dan juga Tone Plus. TuneTalk mengatakan tawaran data sebanyak 1GB ini membawakan masa aktif data selama 7 hari.

Untuk pengguna yang membuat tambah-nilai RM50, anda masih akan menerima kredit percuma sebanyak RM20 seperti sebelum ini.


TIPS & ULASAN