HTC Mengatakan Ia Tidak Berminat Untuk Diambil-Alih Oleh Asus

HTC Mengatakan Ia Tidak Berminat Untuk Diambil-Alih Oleh Asus

Diterbitkan pada June 15, 2015 oleh .

Pada minggu lepas, kita telah mendengar perkongsian pihak Asus mengatakan mereka pernah berbincang secara dalaman berkenaan idea untuk mengambil-alih HTC. Walaupun tiada sebarang bidaan rasmi yang dihantar kepada pihak HTC, kini HTC mengambil langkah awal mengatakan mereka tidak berminat untuk diambil-alih oleh Asus.

HTC pada tahun lepas telah memperlihatkan keuntungan, tetapi mereka menghadapi masalah kembali pada tahun ini apabila HTC One M9 tidak menerima permintaan yang tinggi seperti dijangka. Perkara ini membuatkan kewangan syarikat pada suku tahun lepas tidak begitu cantik serta membawa kepada pelbagai spekulasi.

Kini, dengan pihak HTC sendiri mengatakan tidak berminat untuk diambil-alih mungkin memberikan petanda yang mana mereka masih yakin dengan syarikat, dan tidak terbuka untuk bidaan daripada sesiapa sahaja buat masa ini.

HTC sebelum ini telah mengatakan akan hadir dengan produk baru pada bulan Oktober kelak, selain HTC One generasi baru yang direkabentuk dari awal pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN