Komputer Riba Toshiba Akan Menyertakan Butang Khusus Untuk Cortana Pada Papan Kekunci

Komputer Riba Toshiba Akan Menyertakan Butang Khusus Untuk Cortana Pada Papan Kekunci

Diterbitkan pada June 15, 2015 oleh .

Windows 10 akan diperkenalkan pada 29 Julai ini, dimana salah satu fungsi baru yang akan hadir padanya adalah sokongan pembantu digital pintar dinamakan Cortana. Microsoft telah beberapa kali mempertontonkan fungsi tersebut sebelum ini, dan kini pengeluar komputer, Toshiba mengumumkan mereka akan menyertakan sebuah butang khusus untuk Cortana pada komputer riba mereka.

Kekunci pintar Cortana akan disertakan pada pelbagai komputer Windows 10 daripada Toshiba, sekaligus memudahkan pengguna untuk mengakses pembantu digital berkenaan. Toshiba mengatakan ia kekunci pintas berkenaan akan diposisikan berhampiran dengan kekunci Fn pada papan kekunci.

Cortana juga dikatakan boleh diakses dengan kekunci pintas Windows + C, tetapi menyediakan sebuah butang khusus untuknya akan memudahkan para pengguna untuk mengaktifkan sokongan tersebut bila mereka kehendaki tanpa sebarang masalah.

Jika perkara sama juga turut diimplementasikan oleh pengeluar komputer lain, kita mungkin akan dapat melihat sedikit perubahaan rekaan pada papan kekunci kita – yang mana untuk sekian lama telah menjadi salah satu perkara yang biasa. Selain pada papan kekunci, kita juga mungkin melihat pengeluar aksesori mengintegrasikan butang akses pantas Cortana pada tetikus dan sebagainya.


TIPS & ULASAN