Waze merupakan salah satu aplikasi navigasi yang popular – dan telah diambil-alih oleh Google pada tahun lepas. Salah satu perkara yang ditawarkan pada Waze adalah pilihan suara yang memberi arahan – daripada pilihan suara berbahasa Malaysia, sehinggalah suara artis dan selebriti.
Terkini, bersempena dengan filem Terminator Genysis, pihak Waze turut menambah suara Arnold Schwarzenegger pada penawaran mereka, sekaligus membolehkan anda yang berminat memuat-turun dan menggunakan suara Arnold ketika mendengar arahan daripada Waze.
Untuk mengubah suara tersebut, anda hanya perlu membuka aplikasi Waze, dan tap pada butang Settings, pilih Sound – Navigation Guidance dan pilih pilihan English (US) Terminator Genisys.
- Muat Turun
- Muat-Turun Waze