Skype Untuk Web Kini Sedia Digunakan Semua – Hadir Dalam Bentuk Beta

Skype Untuk Web Kini Sedia Digunakan Semua – Hadir Dalam Bentuk Beta

Diterbitkan pada June 16, 2015 oleh .

Microsoft telah memulakan ujian beta tertutup untuk Skype versi web tidak lama sebelum ini, dan hari ini, ujian tersebut dibuka kepada umum, sekaligus membolehkan sesiapa sahaja menyertainya, dan menggunakan perkhidmatan Skype terus pada pelayar web.

Skype untuk WebBerbeza dengan Skype versi biasa, untuk Skype versi web, pengguna tidak perlu memasang sebarang aplikasi tambahan, dan boleh terus menggunakan ia serta-merta dengan hanya log masuk seperti biasa. Penawaran Skype untuk Web ini menggunakan teknologi WebRTC dimana ia telah diintegrasikan pada kebanyakkan pelayar web moden pada hari ini.

Fungsi penawaran versi web ini membolehkan anda mengakses perkhidmatan Skype dengan mudah pada sebarang komputer awam, sebagai contoh sekiranya anda di cyber-cafe atau di hotel, dan perlu mengakses Skype. Disamping itu, penawaran Skype untuk web juga turut dioptimasikan untuk pengguna Chromebook, selain turut sesuai untuk beberapa peranti baru yang hadir dengan ruangan storan terhad.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Skype untuk Web hari ini, dan menggunakannya dalam berkomunikasi dengan rakan-rakan anda yang lain.

Layari : Skype untuk web


TIPS & ULASAN