Cari @ Amanz

Bersempena dengan acara memfokuskan permainan, E3, pihak Microsoft turut telah mengambil peluang untuk mengumumkan beberapa perkara baru, terutamanya memfokuskan kepada Xbox. Salah satu perkara yang diumumkan oleh Microsoft adalah alat kawalan permainan untuk konsol dan juga PC, dinamakan sebagai Xbox One Elite Wireless Controller.

Xbox Wireless Elite

Rekaan Xbox One Elite Wireless Controller adalah lebih kurang menyerupai alat kawalan Xbox sedia ada, tetapi menariknya, pihak Microsoft mengatakan pengguna boleh mengubah beberapa komponen padanya, dan mengoptimasikan ia berdasarkan kepada penggunaan yang selesa bagi seseorang pengguna.

Pengguna juga turut boleh membuat mapping semula untuk alat kawalan berkenaan, dimana boleh menetapkan apakah fungsi sesuatu butang berkenaan – sekaligus memberikan penawaran kustomasi untuk setiap pengguna alat kawalan berkenaan.

Xbox One Elite Wireless Controller ini akan menyusul pada tahun ini dan boleh digunakan pada Xbox dan juga komputer berasaskan Windows 10.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd