Pada awal tahun ini, ketika acara Mobile World Congress, pihak Valve telah membuat kejutan bersama-sama dengan pihak HTC dalam mengumumkan peranti realiti-maya pertama mereka, dinamakan sebagai Vive dan akan menyokong Steam VR. Kini, selain daripada bekerjasama dengan HTC untuk pembangunan peranti yang dinamakan Vive tersebut, pihak Valve juga turut bekerjasama dengan Microsoft.
Microsoft berkongsi mengenai perkara ini ketika acara E3 2015, mengatakan dengan bekerjasama bersama pihak Valve, ia sekaligus menjadikan Windows 10 sebagai salah satu platform yang dioptimasikan untuk teknologi realiti-maya.
Pengumuman ini hadir daripada Microsoft, selepas pada minggu lepas pihak Oculus turut mengumumkan kerjasama dengan Microsoft dan menyertakan alat kawalan Xbox One bersama-sama jualan Oculus Rift kelak.
Dengan bekerjasama bersama kedua-dua pihak yang memfokuskan kepada arena realiti-maya ini, semestinya ia akan menguntungkan pihak Microsoft, selain memudahkan lagi para pembangun permainan membangunkan mereka untuk arena teknologi baru ini.