Xbox One Kelak Boleh Memainkan Sejumlah Permainan Xbox 360

Xbox One Kelak Boleh Memainkan Sejumlah Permainan Xbox 360

Diterbitkan pada June 16, 2015 oleh .

Bagi para pengemar permainan video, ada kalanya anda meminati untuk memainkan permainan lama kembali. Kini, untuknya, pada E3 2015, Microsoft mengumumkan sokongan untuk konsol Xbox One terbaru mereka memainkan permainan yang dibangunkan untuk Xbox 360 sebelum ini.

Xbox One

Walaubagaimanapun, tidak kesemua permainan yang boleh dimainkan terus. Microsoft mengatakan kelak pada penghujung tahun ini, pengguna boleh memainkan lebih kurang 100 permainan pada Xbox One. Untuk mereka yang terpilih dibawah program Xbox One Preview, mereka boleh memainkan beberapa permainan hari ini dan mengujinya terlebih dahulu.

Bercakap mengenai konsol daripada Microsoft ini, kedua-dua konsol sama ada Xbox 360 mahupun Xbox One – kedua-duanya tidak lagi rasmi untuk pasaran tempatan. Tetapi, ia tidak menghentikan penjual tempatan membawa masuk ia daripada luar dan menjualnya untuk pengguna di Malaysia.


TIPS & ULASAN