Adobe Memperkenalkan Empat Aplikasi Untuk Android – Photoshop Mix, Brush CC, Color CC Dan Shape CC

Adobe Memperkenalkan Empat Aplikasi Untuk Android – Photoshop Mix, Brush CC, Color CC Dan Shape CC

Diterbitkan pada June 16, 2015 oleh .

Adobe sedia menawarkan beberapa aplikasi mudah-alih mereka untuk para pengguna peranti iOS, dan hari ini, mereka turut memperluaskan penawaran mereka dengan memperkenalkan Adobe Photoshop Mix dan juga beberapa aplikasi Creative Cloud untuk para pengguna peranti Android.

Photoshop Mix

Sejak aplikasi untuk iOS diperkenalkan, ramai pengguna Android memohon pihak Adobe untuk turut menawarkan aplikasi yang sama bagi platform Android. Kini, selepas sekian lama, pihak Adobe akhirnya turut menawarkan ia kepada platform mudah-alih terbesar di dunia dan membolehkan pelbagai peranti Android di pasaran menggunakan aplikasi Adobe ini.

Seperti biasa, untuk menggunakannya, pengguna memerlukan akaun Adobe. Daripada aplikasi yang ditawarkan, Adobe Photoshop Mix membolehkan pengguna mengabungkan gambar, mengubah warna dan sebagainya terus pada peranti mudah-alih. Sementara Brush CC pula membolehkan anda membuat gambaran brush untuk Photoshop, Illustrator dan Photoshop Sketch daripada gambar yang anda rakamkan menggunakan telefon pintar anda.

Perkara sama juga untuk Shape CC yang membolehkan anda menghasilkan gambar vektor daripada rakaman gambar, selain Color CC yang membolehkan anda memilih warna daripada rakaman gambar anda.

Kesemua aplikasi ini tersedia pada Google Play Store hari ini, dan pengguna Android yang berminat boleh memuat-turunnya hari ini.

Muat-Turun Adobe Photoshop Mix untuk Android

Muat-Turun Adobe Brush CC untuk Android

Muat-Turun Adobe Color CC untuk Android

Muat-Turun Adobe Shape CC untuk Android


TIPS & ULASAN