Sony Project Morpheus Akan Hadir Awal Tahun 2016 – 30 Permainan Realiti-Maya Telah Dalam Pembangunan

Sony Project Morpheus Akan Hadir Awal Tahun 2016 – 30 Permainan Realiti-Maya Telah Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada June 16, 2015 oleh .

Dengan perlumbaan ramai syarikat teknologi ke arena realiti-maya (virtual-reality), pihak Sony turut tidak ingin ketinggalan dan telah beberapa kali berkongsi mengenai Project Morpheus sebelum ini. Kini, berkongsi lanjut mengenainya kepada pihak Wired, Sony mengatakan Project Morpheus akan hadir pada suku pertama 2016 kelak.

Sony Project Morpheus

Tiada harga yang dikongsikan oleh pihak Sony untuk headset realiti-maya mereka ini, tetapi ia dikatakan akan berharga sekitar beberapa ratus dolar.

Disamping itu, pihak Sony juga turut berkongsi mengatakan kini sekitar 30 permainan sedang dibangunkan untuk Project Morpheus dan dioptimasikan untuk pengalaman permainan realiti-maya.

Pihak Sony masih belum mengadakan sebarang pengumuman rasmi di E3, dan akan mengadakannya dalam beberapa jam lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai Project Morpheus ini ketika itu.


TIPS & ULASAN