Cari @ Amanz

EA sebelum ini telah memperlihatkan secara ringkas teaser untuk permainan Need for Speed edisi 2015, dan hari ini bersempena dengan E3 2015, mereka berkongsi lanjut mengenai permainan lumba kereta popular yang bakal hadir pada tahun ini.

Need for Speed

Ketika acara E3 2015 ini, pihak EA berkongsi mengatakan pengguna boleh memainkan Need for Speed ini dalam lima kaedah baru, masing-masing dinamakan sebagai Speed, Build, Crew, Style dan juga Outlaw. Seperti biasa, pengguna boleh mengabungkan kelima-lima aksi ini dalam menikmati permainan Need for Speed – dimana anda perlu berlumba dengan pantas dan pada masa yang sama mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa.

Menurut Electronic Arts, Need for Speed akan dilancarkan kepada PlayStation 4, Xbox One dan juga PC pada 3 November ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd