Cari @ Amanz

The Last Guardian ialah permainan yang kali pertama diperlihatkan pada tahun 2009. Ia dinantikan peminat PlayStation 3 kerana ia dibangunkan oleh Fumito Ueda yang bertanggang jawab terhadap ICO dan juga Shadow of Colussus. Sejak enam tahun yang lalu pelbagai berita tentang masalah permainan ini kami baca. Tahun lalu ia dikatakan akhirnya dibatalkan kerana masalah produksi. Hari ini segala teka-teki terjawab apabila The Last Guardian diumumkan akan menemui peminat tahun hadapan.  Ia hanya akan hadir pada PlayStation 4 dan tidak ada versi untuk PlayStation 3. Dari video permainan yang diperlihatkan kami menyedari kualiti grafik tidak setanding kualiti grafik permainan generasi baru yang lain. Ini mungkin kerana ia pada asalnya dibangunkan eksklusif untuk PlayStation 3. Sama-sama kita nantikan kemunculannya tahun hadapan.

 

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd