Rise Of The Tomb Raider Akan Hadir 10 November Ini
Artikel Berkaitan

Rise Of The Tomb Raider Akan Hadir 10 November Ini

Diterbitkan pada June 16, 2015 oleh .

Hari ini The Last Guardian, Shemue 3 dan Final Fantasy VII Remake diumumkan secara rasmi untuk PlayStation 4. Tetapi kepada peminat konsol Xbox One masih ada berita baik untuk anda. Konsol anda tidak dilupakan dan masih mempunyai beberapa permainan eksklusif. Rise of The Tomb Raider, kesinambungan kepada Tomb Raider adalah eksklusif kepada konsol Xbox One. Permainan ini secara rasmi akan menemui peminat 10 November ini. Sebuah video permainan terbaru diperlihatkan bagi menunjukkan kemampuan grafik perjalanan terkini Lara Croft diperlihatkan dan ia kelihatan sangat menarik. Sebagai peminat siri ini kami terkilan versi PlayStation 4 tidak akan dihasilkan. Nampaknya kami harus menghilangkan kesedihan dengan menanti kemunculan Uncharted 4 yang eksklusif kepada konsol Playstation 4.


TIPS & ULASAN