Cari @ Amanz

Fungsi pemain media adalah fungsi yang tidak disertakan sekali dengan PlayStation 4 ketika dilancarkan. Kehilangan fungsi ini mengecewakan pengguna yang menggunakan fungsi ini pada PlayStation 3. Dengan adanya aplikasi pemain media, kandungan muzik, gambar dan video boleh dimainkan terus melalui pemacu ibu jari ataupun server media peribadi di rumah. Anda kini boleh melakukan semua ini dengan memuat turun Media Player dari PlayStation Network.

Media-Player-PlayStation-4

Dengan adanya Media Server, anda kini boleh memainkan lagu MP3 kegemaran anda sebagai lagu latar belakang sambil bermain permainan video pada waktu yang sama. Tiada siapa boleh menghalang anda mendengar lagu kumpulan Scoin ketika melakukan misi Heist di dalam Grand Theft Auto V.

Muat turun aplikasi ini dan PlayStation 4 anda dapat memainkan pelbagai media tanpa sebarang masalah. Berikut adalah format media yang serta codec yang disokong Media Player buat masa ini.

VIDEO
MKV
Codec : H.264/MPEG-4 AVC High Profile Level4.2
Audio : MP3, AAC LC, AC-3(Dolby Digital)

AVI
Codec : MPEG4 ASP, H.264/MPEG-4 AVC High Profile Level4.2
Audio : MP3, AAC LC, AC-3(Dolby Digital)

MP4
Codec : H.264/MPEG-4 AVC High Profile Level4.2
Audio : AAC LC, AC-3(Dolby Digital)

MPEG-2 TS
Codec : H.264/MPEG-4 AVC High Profile Level4.2, MPEG2 Visual
Audio: MP2(MPEG2 Audio Layer 2), AAC LC, AC-3(Dolby Digital)
AVCHD: (.m2ts, .mts)

GAMBAR
JPEG (DCF 2.0/Exif 2.21)
BMP
PNG

MUZIK
MP3
AAC (M4A)

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd