Carian
Amazon Mempatenkan Sistem Nyahkunci Peranti Menggunakan Telinga
June 16, 2015 Effi Saharudin

Adakah anda jenis yang suka mengunci peranti? Kami tidak pernah mengunci peranti kami kerana ianya hanya menambahkan langkah untuk menggunakan peranti dengan pantas. Sungguhpun begitu sistem nyahkunci menggunakan pengimbas cap jari adalah yang paling gemar gunakan sekiranya dipaksa mengunci peranti atas sebab keselamatan.

Paten-Telingan-Amazon

Di Amazon mereka baru sahaja mempatenkan sistem nyahkunci terbaru yang jatuh ke dalam kategori aneh. Melalui paten yang difailkan bulan lalu, peranti boleh dinyahkunci dengan mengimbas bentuk telinga pemakai. Sekiranya anda tidak tahu, seperti cap jari bentuk telinga adalah unik untuk setiap individu. Ia boleh digunakan di mahkamah sebagai bukti yang sah sama seperti cap jari.

Apakah cara nyahkunci peranti kegemaran anda? Jika ada cara nyahkunci yang baru yang perlu dicipta, apakah yang perlu diimbas pada pandangan anda? Mungkin tiba masanya wujud sistem nyahkunci yang mengesan DNA pengguna setiap yang pernah kami tulis sebelum ini.

Komen