Dengan perkembangan peranti mudah-alih, salah satu keluarga peranti yang turut mendapat perhatian adalah peranti-peranti yang memfokuskan kepada kecergasan. Dalam arena tersebut, salah satu jenama yang paling popular adalah Fitbit. Kini, syarikat tersebut bakal memasuki pasaran Malaysia secara rasminya pada minggu hadapan.
Fitbit sedia memegang pasaran peranti memfokuskan kecergasan di beberapa buah negara, dan dengan memperluaskan penawaran di Malaysia, peranti tersebut akan disokong secara rasmi, selain pelbagai penawaran Fitbit akan turut didapati di Malaysia dengan lebih pantas berbanding kebiasaan.
Pihak Fitbit akan berkongsi lanjut mengenai apakah yang bakal dibawakan oleh mereka untuk pasaran tempatan, selain apakah yang ditawarkan mereka di Malaysia. Seperti biasa, kami akan berkongsi lanjut mengenainya secara langsung daripada perkongsian Fitbit yang dijadualkan pada 22 Jun ini.