Google Menggantikan Pengurus Bookmark Baru Dengan Versi Yang Lama Kembali

Google Menggantikan Pengurus Bookmark Baru Dengan Versi Yang Lama Kembali

Diterbitkan pada June 16, 2015 oleh .

Pada penghujung tahun lepas, Google telah memulakan pengenalan pengurus bookmark baru pada Chrome dimana ia membawakan paparan bersaiz lebih besar, rekaan berasaskan cards, dan boleh diuruskan dalam bentuk folder dan sebagainya. Walaupun ia membawakan paparan yang cantik, tetapi kebanyakkan pengguna tidak menyukainya.

Disebabkan ramai yang tidak menyukainya, kini Google mengembalikan Bookmark Manager pada Chrome kini pada versi dahulunya kembali – seperti ditawarkan pada Chrome 39 dan sebelumnya.

Apa pun, bagi anda yang masih inginkan bentuk paparan Bookmark Manager yang baru, anda boleh memuat-turun pemalam yang ditawarkan secara berasingan oleh Google, dan menikmati paparan baru yang diperkenalkan pada Chrome 40 sebelum ini.


TIPS & ULASAN