Cari @ Amanz

Mozilla sedia mempunyai sebuah inisiatif dinamakan sebagai WebMaker – dimana melaluinya, mereka ingin mengubah para pengguna web kepada penghasil kandungan. Sebelum ini, mereka hanya sekadar menawarkan versi web sahaja, dan hari ini Mozilla turut memperluaskan penawaran dengan menerbitkan aplikasi Android untuk Mozilla WebMaker.

Mozilla WebMaker

Menggunakan aplikasi Mozilla WebMaker ini, pengguna boleh menghasilkan buku skrap mereka tersendiri, dengan hanya menambah gambar dan teks sebelum berkongsi ia kepada pengguna lain. Kandungan tersebut boleh diterbitkan pada WebMaker, dan kemudian pengguna lain boleh remix dengan menambah beberapa kandungan baru pada projek berkenaan.

Daripada percubaan kami, ia berfungsi dengan lancar, tetapi adakalanya memperlihatkan masa pemuatan yang agak lama berbanding beberapa aplikasi lain – berkemungkinan kerana ia masih memerlukan akses internet untuk membuat beberapa perkara.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, dan ingin membuat buku skrap untuk sesuatu topik, mungkin boleh menggunakan aplikasi Mozilla WebMaker yang ditawarkan dalam bentuk beta ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd