Nokia Dan LG Mengumumkan Kerjasama Untuk Penggunaan Paten Berkaitan Telefon Pintar
LG

Nokia Dan LG Mengumumkan Kerjasama Untuk Penggunaan Paten Berkaitan Telefon Pintar

Diterbitkan pada June 16, 2015 oleh .

LG Electronics hari ini mengumumka kerjasama strategik, dimana melalui kerjasama ini, pihak LG akan melesenkan sejumlah paten berkaitan telefon pintar dan menggunakannya dalam produk mereka.

Perlesenan ini membawakan kepada penggunaan beberapa paten teknologi milik Nokia, termasuk penggunaan paten berkaitan rangkaian 4G, serta sebagainya.

Seperti biasa, kedua-dua syarikat tidak mengumumkan berkenaan berapakah wang yang terlibat dalam transaksi ini. LG kini menjadi salah satu syarikat pengeluar peranti yang menyertai program perlesenan daripada Nokia selepas pengambil-alihan Microsoft tahun lepas.

Dengan pengumuman ini, mungkinkah kita melihat lebih banyak syarikat lain menyertai program perlesenan Nokia ini?


TIPS & ULASAN