Pushbullet sedia terkenal kerana menawarkan kemudahan untuk para pengguna menghantar pautan, fail dan sebagainya daripada komputer atau peranti lain ke peranti mudah-alih dengan mudah. Terkini, mereka turut hadir dengan sebuah lagi aplikasi khusus dinamakan sebagai Portal.
Melalui Portal ia memudahkan pengguna untuk memindahkan fail daripada komputer ke telefon dengan mudah dan pantas.
Portal berfungsi dengan menggunakan rangkaian WiFi, dan membolehkan para pengguna memindahkan pelbagai jenis fail tanpa mengira saiz dan tidak menggunakan sebarang pelan data telekomunikasi anda. Portal dikatakan menyokong saiz fail sehingga 1GB, dan perlulah pastikan komputer dan juga telefon yang digunakan untuk urusan pemindahan menggunakan rangkaian WiFi yang sama.
Pushbullet mengatakan walaupun perkara sama boleh dicapai menggunakan aplikasi sedia ada mereka, untuk Portal, ia lebih memfokuskan kepada memindahkan sebilangan besar fail dan fail bersaiz besar dengan mudah dan pantas.
Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh memuat-turun Portal hari ini secara percuma, dan mengakses Portal melalui laman khusus yang disediakan oleh mereka.
- Muat Turun
- Muat-Turun Portal untuk Android
- Info
- Layari : Portal Pushbullet