Cari @ Amanz

Microsoft sedia berkongsi mengenai perancangan mereka untuk membawa fungsi pembantu digital Cortana untuk Android sebelum ini, dan bersama-sama perkongsian mengenai pengenalan untuk Xbox One, pihak Microsoft turut berkongsi lanjut mengenai Cortana untuk Android.

Cortana Android

Menurut Microsoft, mereka akan memperkenalkan versi beta untuk Cortana bagi para pengguna Android pada bulan Julai ini. Seperti semua sedia maklum apa yang bakal ditawarkan oleh Cortana untuk Android tidak akan menawarkan fungsi menyeluruh seperti pada Windows Phone, sebaliknya ia lebih kepada selarikan penawaran Cortana di Windows 10 kepada pengguna peranti mudah-alih Android.

Sebagai contoh, aplikasi Cortana di Android ini akan mengingatkan pelbagai perkara yang disimpan pada Windows 10 – bersesuaian dengan masa dan lokasi.

Selain untuk Android, pihak Microsoft juga akan menawarkan Cortana untuk iOS. Berkemungkinan pengenalan Cortana ini hadir berhampiran dengan pelancaran Windows 10 pada 29 Julai kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd