Cari @ Amanz

AMD sedia dikenali ramai disebabkan oleh penawaran pemprosesan dan juga sokongan grafik daripada mereka. Terkini, hari ini pengeluar hardware terkemuka tersebut turut mengumumkan sebuah projek baru dinamakan sebagai Project Quantum – iaitu PC yang direkabentuk dan dibangunkan sendiri oleh pihak AMD.

AMD Project Quantum

Komputer dibawah Project Quantum ini hadir dengan rekaan yang kecil dan kompak – bersaiz lebih kurang sama seperti saiz konsol. Teknologi AMD digunakan pada Projec Quantum ini, dimana ia dijana menggunakan dua GPU “Fiji” terbaru daripada AMD, dilengkapi memori grafik sehingga 8GB. Ini sekaligus membolehkan Project Quantum ini menawarkan sokongan permainan video pada resolusi 4K 60FPS tanpa sebarang masalah. Penggunaan DirectX dijangka memudahkan lagi proses ini, selain Project Quantum juga dijangka memainkan salah satu peranan penting dalam arena realiti-maya yang semakin hangat akhir-akhir ini.

Project Quantum ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu atas dan bawah, dimana pada bahagian atas ia didedikasikan untuk tujuan penyejukan, sementara bahagian bawah lebih memfokuskan kepada pelbagai komponen.

Maklumat lanjut mengenai Project Quantum ini dijangka akan menyusul pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd