Cari @ Amanz

Bulan lalu Razer memaparkan pad tetikus Firefly dengan sistem lampu LED terbina. Ia mampu memaparkan 16.8 juta warna dan boleh dikustomasi oleh pengguna. Nampaknya teknologi yang sama kini digunakan pada tetikus tanpa wayar terbaru mereka iaitu Razer Mamba.

Razer-Mamba-1

Razer Mamba terkini ini membawa beberapa pembaharuan berbanding edisi sebelum ini. Terdapat 9 butang yang boleh diprogramkan. Tahap kepekaan adalah sehingga 16 000 DPI. Pengguna diberikan kebolehan menetapkan tahap DPI tetikus ini secara manual. Mahu tetikus dengan tahap kepekaan 6666 DPI? Ini boleh dilakukan oleh Razer Mamba. Selain daripada itu tetikus ini turut menyokong teknologi Click Force yang membolehkan tahap kekerasan tekanan butang klik tetikus dilaras mengikut keperluan pengguna.

Seperti Firefly, corak kelipan dan warna lampu boleh diprogramkan. Terdapat 5 corak  kelipan berbeza iaitu Wave, Static, Spectrum Cycling, Breathing dan Reactive. Sekiranya anda memiliki Firefly, warna lampu LED kedua-dua peranti input ini boleh dipadankan dengan mudah.  Menurut Razer tetikus ini boleh digunakan sehingga 20 jam sebelum bateri perlu dicas semula.

Terdapat dua versi dihasilkan iaitu Razer Mamba dan Razer Mamba Tournament Edition. Tournament Edition ialah versi berwayar tetikus yang sama. Harga jualan ialah RM 792 untuk Razer Mamba dan RM 469 untuk Tournament Edition.

Razer-Mamba-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd