(Konsep) UGL-H30 – Dron Kenderaan Darat Yang Mampu Melancarkan Dron Terbang Bersenjata

(Konsep) UGL-H30 – Dron Kenderaan Darat Yang Mampu Melancarkan Dron Terbang Bersenjata

Diterbitkan pada June 17, 2015 oleh .

Tahun lalu kami ada menulis tentang penggunaan teknologi dron oleh tentera Israel bagi mengurangkan pergantungan kepada manusia. Israel adalah pengeluar dron nombor satu dunia dan adalah pelopor penggunanya di medan perang. Jadi tidak mengejutkan sekiranya teknologi dron kenderaan darat (UGV) yang mampu melancarkan dron terbang (UAV) bersenjata turut dibangunkan oleh mereka.

UGL-H30 ialah konsep UGV yang boleh melancarkan empat UAV apabila diperlukan. Kenderaan “droneception” ini diperlihatkan di Pameran Udara Paris yang berlangsung dari 15-21 Jun ini. UGL-H30 dibangunkan oleh syarikat UVision yang berpangkalan di Zur Igal, Israel. Empat buah UAV Hero yang dilancarkan boleh terbang selama 30 minit bagi melakukan misi tinjauan ataupun memusnahkan kedudukan musuh. Tidak seperti dron biasa, UAV Hero boleh dilengkapi bahan letupan dan berubah menjadi sebuah peluru berpandu sekiranya diperlukan.

UGL-H30

Penggunaan dron di dalam medan perang mengurangkan kadar kematian askar di masa hadapan. Risiko dapat dikurangkan dan kerana saiznya yang kecil membuatkannya sukar dikesan. Pada masa yang sama kewujudan kenderaan seperti UGL-H30 adalah menakutkan. Ia membuatkan kita semakin hampir kepada apa yang dipaparkan di dalam filem Terminator. Kita hanya boleh berharap kepintaran buatan yang digunakan kelak tidak cukup bagus sehingga dron boleh mejadi self aware dan memusnahkan manusia.


TIPS & ULASAN