Lumia 540 Dwi-SIM Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM569

Lumia 540 Dwi-SIM Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM569

Diterbitkan pada June 17, 2015 oleh .

Dengan penawaran pelbagai peranti Android di pasaran, pihak Microsoft turut tidak ingin ketinggalan. Selepas memperkenalkan Lumia 540 pada bulan April yang lepas, hari ini pihak Microsoft Malaysia secara rasminya telah pun membawa masuk telefon pintar berkenaan di Malaysia.

Lumia 540 hadir dengan sokongan dwi-SIM dan dijana menggunakan sistem operasi Windows 8.1 dan boleh dikemaskini kepada Windows 10 kelak apabila ia ditawarkan. Namun mungkin bukan semua fungsi Windows 10 akan hadir ke peranti ini berbanding peranti flagship Windows 10 lain.

Lumia 540

Dari segi spesifikasi, peranti ini menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD, kamera belakang 8-megapixel, serta kamera hadapan 5-megapixel. Ia menggunakan cip Snapdragon 200, serta memori 1GB RAM.

Bagi anda yang ingin mendapatkannya, boleh mendapatkan ia daripada pengedar rasmi Microsoft Malaysia seluruh negara pada harga RM569.


TIPS & ULASAN