Behati-hati sekiranya anda mencarut kepada mana-mana individu di atas talian ketika di Emiriah Arab Bersatu. Sebuah undang-undang baru sahaja digubal yang boleh menyebabkan anda didenda sehingga Dh 250,000 (RM 255 000) jika didapati bersalah. Sekiranya anda bukan warga UAE akan kemudian akan diusir keluar dari negara Timur Tengah ini.
Undang-undang baru ini digubal selepas berlakunya kes seorang warga UAE dikenakan hukuman denda Dh 3000 kerana mencarut menggunakan aplikasi pemesejan WhatsApp. Pihak pendakwaraya merayu kepada hakim bahawa hukuman denda yang dikenakan tidak cukup tinggi bagi mengelakkan kejadian mencarut di atas talian seperti ini dilakukan di masa hadapan. Hukuman mencecah suku juta Rigggit ini diharap dapat membuatkan penduduk UAE untuk befikir dua kali sebelum menggunakan kata-kata kesat di atas talian.
Pada pendapat anda adakah hukuman denda yang dikenakan ini munasabah? Sekiranya kerajaan di Malaysia mengambil langkah yang sama adakah ianya wajar disokong?