Friendster Menghentikan Perkhidmatan

Friendster Menghentikan Perkhidmatan

Diterbitkan pada June 17, 2015 oleh .

FriendsterFriendster merupakan salah satu perkhidmatan laman sosial terawal yang digunakan ramai, sebelum hadirnya Facebook serta Twitter. Selepas ramai beralih ke Facebook, Friendster telah melalui beberapa perubahan, dimana ia telah dijual kepada salah satu syarikat di Malaysia, dan menerima kemaskini rekaan dan fungsi dengan fokus terhadap dunia gaming.

Walaubagaimanapun, laman Friendster masih gagal menarik angka pengguna yang tinggi selepas itu, dan kini ia dilihat pihak Friendster telah pun menghentikan perkhidmatan sosial mereka tersebut. Pihak Friendster mengatakan ia sebagai “sementara”, dan mungkin akan hadir dengan perkara baru pada masa akan datang.

Untuk pengguna yang mempunyai dana di Friendster Wallet, anda akan menerima emel memberikan arahan berkenaan bagaimana anda boleh memindahkan baki dalam akaun anda.

Jadi, bagi anda yang masih ingin melihat Friendster kembali, apakah yang anda ingin syarikat disebaliknya lakukan pada jenama tersebut?

Friendster Tamat

Layari : Friendster


TIPS & ULASAN