Terdapat pelbagai pemacu cakera keras yang wujud di pasaran. Salah satu jenama yang sangat sinonim dengan industri storan digital ini adalah WD yang hadir dengan pemacu cakera keras untuk pengguna dibezakan dengan nama-nama berasaskan warna iaitu WD Blue, WD Green, WD Black, WD Red dan WD Purple.
Dalam siri pertama video ini, penonton akan mengetahui cakera manakah yang bersesuaian dengan tugas seseorang. Mengambil contoh pasukan editorial Amanz, kami akan berkongsi informasi dengan anda mengenai lima jenis pemacu cakera keras ini dan yang manakah sesuai dengan kami dalam melakukan kerja harian kami.
Turut sama dengan siri pengenalan pemacu cakera keras WD ini, pihak Western Digital Malaysia turut mengadakan peraduan menawarkan hadiah utama WD Black 4TB dan 10 unit cenderahati dari Western Digital. Peserta WAJIB menjawab soalan pada siri pertama ini DAN siri kedua yang akan diterbitkan tidak lama lagi.
Soalan: Nyatakan nama penuh untuk singkatan NAS.
Pemenang dipilih berdasarkan cabutan rawak yang telah menjawab soalan pada kedua-dua siri video ini, dan untuk siri pertama ini, kotak komentar dibawah akan dibuka sehingga Selasa 23 Jun 11:59 malam. Cabutan rawak hanya akan dilakukan pada siri kedua video WD tidak lama lagi. E-mel yang digunakan untuk kedua-dua siri juga haruslah sama kerana e-mel tersebut juga akan digunakan bagi menghubungi pemenang. Peraduan ini dibuka kepada semua pembaca yang mempunyai alamat di Malaysia, dan sekiranya anda menang, anda akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen.