Samsung Memperkenalkan Aplikasi Khusus Untuk Merakamkan Permainan Yang Anda Main Pada Peranti Mudah-Alih

Samsung Memperkenalkan Aplikasi Khusus Untuk Merakamkan Permainan Yang Anda Main Pada Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada June 17, 2015 oleh .

Pada komputer dan konsol, terdapat beberapa perisian yang menawarkan anda merakamkan video permainan yang sedang dimainkan anda. Di peranti mudah-alih, ia masih baru lagi, dan untuknya, kini Samsung sendiri menawarkan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Game Recorder+.

Aplikasi ini diterbitkan dibawah bahagian Samsung Electronics Games yang mana pertama kali kami mendengarnya, sekaligus memberikan petanda mereka mungkin hadir dengan beberapa aplikasi lain pada masa akan datang.

Samsung GameRecorder

Aplikasi Game Recorder+ ini ditawarkan khusus untuk pengguna peranti Samsung sahaja, dimana ia membolehkan anda merakamkan sebarang permainan pada peranti Samsung dengan mudah – selain pada masa yang sama merakamkan komentar dan wajah anda pada video tersebut.

Setiap permainan juga boleh dioptimasikan dengan Game Boost, dan Samsung mengatakan aplikasi Game Recorder+ ini boleh digunakan oleh peranti Samsung menjalankan Android 4.1 dan terkini.

Melalui aplikasi sama, pengguna boleh merakamkan video permainan pada resolusi 1080p, selain turut boleh menyunting video selepas rakaman, dan berkongsi terus ia ke YouTube.

Bagi anda yang menggunakan Galaxy S6, S6 Edge, Galaxy S5, Galaxy Note 4, Galaxy S4, Galaxy Note 3, dan juga Galaxy Note 2, anda boleh memuat-turun aplikasi ini, dan mula merakamkan sebarang permainan mudah-alih serta berkongsi dengan rakan-rakan lain menggunakannya.

Muat-Turun GameRecorder+ di Google Play Store


TIPS & ULASAN