Honor 7 Bakal Diperkenalkan Pada 30 Jun – Video Teaser Pertama Diterbitkan

Honor 7 Bakal Diperkenalkan Pada 30 Jun – Video Teaser Pertama Diterbitkan

Diterbitkan pada June 17, 2015 oleh .

Honor merupakan keluarga peranti mampu-milik dan ditujukan kepada pembeli muda, serta dijual melalui laman e-dagang Huawei, iaitu Vmall. Di Malaysia, Honor boleh dikatakan antara jenama yang popular, dan pelbagai peranti Honor telah ditawarkan sejak daripada tahun lepas. Kini, Honor turut dalam persiapan untuk memperkenalkan sebuah peranti baru, iaitu Honor 7.

Honor 7

Honor 7 ini dijangka membawakan rekaan premium, dan mungkin turut membawakan spesifikasi tinggi. Beberapa desas-desus awal mengatakan ia akan hadir dengan pilihan 4GB RAM, selain cip pemprosesan Kirin 935 daripada Huawei. Peranti bersaiz 5-inci ini turut dijangka akan menggunakan Android 5.0 Lollipop, serta antaramuka EmotionUI terkini.

Dengan hadirnya video teaser pertama ini, mungkin kita boleh melihat apakah yang akan ditawarkan oleh Huawei melalui Honor 7 ini kelak pada penghujung bulan ini.


TIPS & ULASAN