Cari @ Amanz

Acara Mobile World Congress merupakan satu acara berprestij untuk dunia peranti mudah-alih dan industri telekomunikasi. Penganjurnya, GSMA mengadakan ia dibeberapa lokasi setiap tahun, dimana salah satu yang popular adalah di Barcelona yang menjadi fokus ramai pengeluar untuk memperlihatkan peranti baru mereka pada peringkat global. Selain daripada di Barceloba, mereka juga mempunyai edisi khusus untuk rantau Asia, yang mana akan diadakan di China pada suku ketiga setiap tahun. Untuk tahun ini, seperti sebelumnya, ia akan diadakan di Shanghai pada pertengahan Julai 2015 ini.

MWC Shanghai 2015

Jika MWC Barcelona lebih menekankan kepada pengenalan produk baru yang bakal mencorak industri mudah alih dan telekomunikasi untuk sepanjang tahun ini, di bandar Shanghai lebih banyak perkara dikongsikan terutamanya untuk negara-negara membangun. Sepertimana yang kita tahu, benua Asia mempunyai majoriti penduduk di dunia dengan pelbagai lapisan bangsa, justeru perlunya acara khusus untuk benua ini diadakan. Disamping itu, kita juga mungkin akan dapat melihat pelbagai inovasi arena mudah-alih diperlihatkan – apatah lagi dengan negara China yang terkenal sebagai pengeluar peranti terbesar dunia, selain mempunyai pelbagai pengeluar peranti di negara berkenaan.

Mobile World Congress Shanghai ini bakal diadakan di Shanghai New International Exhibition Centre pada 15 hingga 17 Julai ini. Seperti biasa, sesiapa sahaja boleh menghadirkan diri, termasuk kemasukkan percuma ke acara berkenaan untuk melihat penawaran baru dalam arena industri mudah-alih. Untuk tahun ini, kami bekerjasama dengan penganjur Mobile World Congress Shanghai sebagai rakan media, dan kami akan membawakan pelbagai liputan menarik dari acara berkenaan kelak.

TLDR : Amanz adalah rakan media untuk Mobile World Congress Shanghai 2015..

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd