Microsoft Menyatukan Bahagian Peranti Dan Perisian – Stephen Elop Akan Meninggalkan Syarikat

Microsoft Menyatukan Bahagian Peranti Dan Perisian – Stephen Elop Akan Meninggalkan Syarikat

Diterbitkan pada June 18, 2015 oleh .

Microsoft hari ini telah mengumumkan beberapa perubahan pada syarikat mereka, dimana salah satu yang menjadi fokus ramai adalah penyatuan bahagian peranti di Microsoft dan juga bahagian sistem operasi. Dengan penyatuan ini, ia sekaligus membolehkan mereka hadir dengan pengalaman penggunaan perkomputeran yang lebih baik dibawah ekosistem Windows.

Microsoft Nokia

Dengan penyatuan ini juga, beberapa perubahan pada peringkat eksekutif dalam syarikat juga berlaku, dimana salah seorang daripada yang akan meninggalkan syarikat berkenaan adalah Stephen Elop yang sebelum ini menguruskan bahagian peranti di Microsoft. Stephen Elop telah menyertai Microsoft dengan pengambil-alihan Nokia sebelum ini, dimana beliau bertugas sebagai CEO Nokia ketika itu.

Seperti biasa, penyatuan kedua-dua bahagian ini mungkin amat penting bagi pihak Microsoft, apatah lagi dengan fokus mereka untuk menjadikan Windows 10 sebagai salah satu sistem operasi yang boleh digunakan pada pelbagai saiz skrin. Dengan perubahan ini, mungkin kita boleh melihat pengoptimasian yang lebih baik, selain penawaran yang lebih mengancam daripada pihak Microsoft.

Jadi, apa kata anda mengenai perubahan ini di Microsoft?


TIPS & ULASAN