Carian
MDeC Memperkenalkan Program eRezeki – Membolehkan Pengguna Menjana Pendapatan Tambahan Melalui Tugasan Atas-Talian
June 18, 2015 Aman

Di arena internet, terdapat beberapa kaedah untuk menjana pendapatan tambahan, termasuk melalui laman-laman yang menawarkan tugasan mudah seperti Fiverr dan sebagainya. Terkini, dalam usaha memperkaya ekonomi digital pengguna tempatan, pihak MDeC turut hadir dengan sebuah perkhidmatan khusus dinamakan sebagai eRezeki, sekaligus memudahkan pengguna tempatan untuk menjana pendapatan tambahan melaluinya.

Program eRezeki ini memfokuskan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan bawah RM4000 sebulan, dimana mereka boleh menyertai program eRezeki, dan membuat beberapa tugasan digital yang ringkas, serta menjana pendapatan tambahan melaluinya.

eRezeki

Melalui semakan kami untuk perkhidmatan eRezeki ini, program ini menawarkan beberapa tugasan ringkas, dimana antaranya adalah termasuk:

  • Memasukkan data daripada teks di laman web
  • Memasukkan data daripada imej yang dilihat
  • Memasukkan data daripada audio atau video
  • Menyemak dan memperbaiki maklumat atau info yang silap
  • Membuat carian di internet untuk beberapa maklumat tertentu

Melalui pengiraan kasar yang diperlihatkan pada laman eRezeki, mereka mengatakan pengguna boleh menjana sehingga lebih RM500 sebulan dengan membuat tugasan secara kasar 3 jam sehari selama 24 hari. eRezeki menawarkan kaedah pembayaran melalui PayPal atau terus ke akaun bank tempatan.

eRezeki

Untuk tahun pertama perlaksanaan, kerajaan Malaysia memperuntukkan sebanyak sejumlah RM8 juta bagi menjayakan program eRezeki ini. Ia dikatakan perbelanjaan ini meliputi beberapa perkara, termasuk penyediaan infrastruktur Pusat eRezeki – dimana ia menyediakan fasiliti seperti komputer dan internet bagi membolehkan pengguna ke Pusat eRezeki dan membuat tugasan disana. Empat pusat eRezeki pertama dilokasikan di Kuala Lumpur, Kedah, Terengganu dan Pahang, selain mereka menyasarkan untuk membuka lebih kurang 7 pusat lagi dalam beberapa bulan akan datang.

Komen