Terdapat beberapa cakera keras luaran (external hard-disk di pasaran, dan hari ini pihak Samsung HDD (divisyen di Seagate) telah pun mengumumkan cakera keras luaran yang paling nipis dan ringan di dunia dengan kapasiti storan sehingga 4TB.
Dua variasi yang diperkenalkan adalah Samsung M3 Portable dan juga Samsung P3 Portable. Kedua-duanya hadir dalam rekaan kerangka bersaiz 2.5-inci, dan hanya setebal 0.78-inci sahaja. Kedua-duanya hadir dengan rekaan yang berbeza, dan Samsung mengatakan ia menyasarkan kepada pengguna peranti mudah-alih seperti komputer riba dan sebagainya yang memerlukan kapasiti simpanan yang besar tetapi pada masa yang sama ingin memudahkan mereka membawanya kemana-mana, serta menggunakan penghubung berasaskan USB.
Kedua-dua cakera keras luaran dengan kapasiti simpanan 4TB ini bakal dipasarkan bermula bulan Jun ini. Ia tidak diketahui lagi buat masa ini sama ada cakera keras luaran ini akan hadir ke pasaran tempatan ataupun sebaliknya.