Huawei P8 Dan P8 Lite Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1799 Dan RM899

Huawei P8 Dan P8 Lite Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1799 Dan RM899

Diterbitkan pada June 18, 2015 oleh .

Huawei Malaysia hari ini telah melancarkan dua telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei P8 dan juga Huawei P8 Lite. Kedua-duanya hadir dengan rekaan yang lebih kurang sama, tetapi membezakannya adalah dimana Huawei P8 membawakan spesifikasi dan ciri-ciri serta rekaan yang lebih premium berbanding dengan Huawei P8 Lite.

Huawei P8

Huawei P8

Huawei P8

Huawei P8 hadir dengan rekaan premium, dilengkapi skrin 5.2-inci dengan paparan resolusi tinggi, serta menggunakan cip pemprosesan Kirin 930. Ia turut menyertakan memori 3GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan OIS. Huawei menekankan kepada beberapa ciri-ciri penting pada Huawei P8, dimana salah satunya adalah kebolehan merakamkan cahaya, selain turut menyertakan aplikasi khusus dinamakan sebagai Director Mode yang membolehkan empat peranti digabungkan dan merakamkan video daripada pelbagai sudut berbeza.

huawei P8

Huawei juga turut menyertakan perkhidmatan VIP khusus yang menawarkan gantian peranti satu ke satu untuk tempoh 12 bulan, selain menawarkan jaminan skrin LCD selama 3 bulan.

Huawei P8 Lite pula peranti berspesifikasi pertengahan tetapi membawakan beberapa ciri-ciri lebih kurang sama seperti Huawei P8. Ia turut menggunakan bahan binaan yang berbeza, dilengkapi skrin bersaiz 5-inci, serta cip Kirin 620. Perbezaan saiznya tidak ketara berbanding Huawei P8 Lite, tetapi ia memberikan pengalaman penggunaan yang berlainan, selain kedudukan beberapa sensor yang berlainan lokasi berbanding dengan Huawei P8. Beberapa fungsi seperti rakaman cahaya turut tidak terdapat pada peranti ini memandangkan ia memerlukan cip pemprosesan khusus untuk pemprosesan imej.

Huawei P8 Lite

Huawei P8 Lite

Huawei P8 dijual di Malaysia pada harga RM1799, sementara Huawei P8 Lite pula berharga RM899 di Malaysia.


TIPS & ULASAN