Kayu Selfie Ini Direka Khas Untuk Insan Yang Berjiwa Samurai

Kayu Selfie Ini Direka Khas Untuk Insan Yang Berjiwa Samurai

Diterbitkan pada June 18, 2015 oleh .

Semasa masih teruna dahulu kami meminati manga Samurai X. Pengembaraan Himura Kenshin selepas meninggalkan dunia sebagai pembunuh adalah sangat menarik. Siri anime dan filem yang dihasilkan juga sangat menarik. Pendek kata semasa muda kami memang menyimpan impian untuk menjadi seorang samurai. Malang sekali zaman Meiji sudah berakhir 103 tahun yang lalu. Zaman sekarang sekiranya anda berjalan sambil membawa pedang samurai anda mungkin akan ditahan pihak berkuasa sebelum dihantar ke pusat Hospital Bahagia.

Kayu-Selfie-Katana-2

Tetapi jangan risau, anda masih boleh memenuhi fantasi samurai anda dengan kayu selfie Katana di bawah. Kayu selfie ini kelihatan seperti Katana biasa dan mempunyai butang terbina bagi memudahkan gambar selfie diambil. Ia tidak memerlukan sebarang bateri dan sesuai digunakan oleh peranti iOS dan Android. Harga jualan kayu selfie Katana ini ialah $39.99 sebuah. Jangan lupa untuk menyebut “Hiten Misturugi” sebelum mengambil gambar anda ketika menggunakan kayu selfie ini.

 

 


TIPS & ULASAN