Cari @ Amanz

Sejak Nokia mengatakan mereka terbuka untuk menjual bahagian pemetaan mereka, pelbagai desas-desus hadir mengenai pembeli untuk perkhidmatan berkenaan. Beberapa pihak dilaporkan berminat, termasuk sekumpulan pengeluar kenderaan dari Jerman yang terdiri daripada Audi, BMW, dan juga Daimler.

Nokia kini dilaporkan lebih berminat pengeluar kenderaan ini sebagai pembeli HERE Maps berbanding dengan pelbagai syarikat lain – termasuk seperti Facebook, Uber, Samsung dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, Nokia dilihat inginkan lebih kurang sebanyak $4 bilion untuk bahagian HERE Maps yang digunakan secara meluas oleh pelbagai kenderaan di Eropah dan juga Amerika Utara.

Pengeluar kenderaan ini merupakan pelanggan yang menggunakan teknologi HERE pada kenderaan mereka, dan Nokia dilihat lebih berminat untuk menjual bahagian tersebut kepada mereka ini.

Nokia sebelum ini mengumumkan mereka terbuka untuk menjual HERE ketika mengambil-alih Alcatel-Lucent pada April lepas, sekaligus menjadikan mereka lebih memfokuskan kepada bahagian rangkaian dan juga teknologi mudah-alih berbanding pelbagai bahagian lain dalam syarikat mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd