Google sebelum ini beberapa kali telah memperkenalkan halaman hab khusus bersempena dengan bulan Ramadan, dan perkara sama turut dilakukan oleh mereka bersempena bulan Ramadan untuk tahun 1436/2015 ini. Melalui halaman tersebut, pengguna boleh mengikuti pelbagai maklumat, termasuk berkaitan dengan agenda harian, masa berbuka, pelbagai resipi semasa dan sebagainya.
Buat masa ini, kandungan yang dipaparkan adalah dioptimasikan untuk pengguna di Timur Tengah, dan bukannya Malaysia. Tetapi, pihak Google Malaysia menjadualkan acara pelancaran untuk laman yang dikenali sebagai My Ramadan Companion ini dalam versi tempatan – “Teman Ramadanku” pada minggu hadapan.
Jadi, sementara menantikan pelancaran rasmi pihak Google Malaysia, mungkin anda boleh mencuba My Ramadan Companion – dimana selain memaparkan resipi, rancangan video menarik dan sebagainya, ia turut memaparkan aplikasi menarik yang boleh dimuat-turun ke peranti Android anda.
- Layari : Google My Ramadan Companion