Cari @ Amanz

Selain daripada hab khusus dinamakan My Ramadan Companion, pihak Google juga turut telah mengemaskini Googel Play Store hari ini, dimana mereka menyediakan sebuah koleksi khusus bersempena dengan bulan puasa ini, dimana mereka menyenaraikan sejumlah aplikasi menarik yang boleh dimuat-turun pengguna.

Google Play Ramadan 2015

Daripada aplikasi yang disenaraikan, Google menyertakan aplikasi berbentuk jam loceng, aplikasi memfokuskan makanan, aplikasi menguruskan waktu tidur, serta beberapa aplikasi tempatan.

Selain daripada aplikasi yang disenaraikan oleh Google ini, pengguna juga turut boleh membuat carian beberapa aplikasi menarik bersempena Ramadan di Google Play Store dan memuat-turun daripadanya – sekaligus menjadikan bulan Ramadan ini lebih produktif serta pada masa yang sama menjaga kesihatan anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd