Jenama Nokia Bakal Kembali Ke Arena Industri Telefon Mudah-Alih Pada Tahun Hadapan

Jenama Nokia Bakal Kembali Ke Arena Industri Telefon Mudah-Alih Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan pada June 19, 2015 oleh .

Selepas pelbagai desas-desus sebelum ini, kini CEO Nokia, Rajeev Suri dipetik mengatakan Nokia bakal kembali ke arena telefon mudah-alih pada tahun hadapan – pada tempoh lebih kurang selepas tempoh ikatan dengan Microsoft mereka tamat.

Namun, Nokia sedia ada tidak akan mengeluarkan telefon berkenaan sepenuhnya, sebaliknya mereka dilihat akan lebih kepada menjenamakan nama Nokia, selain membuat rekaan untuk peranti berkenaan.

Nokia sebelum ini pernah melakukan perkara tersebut untuk tablet Nokia N1 yang menjalankan Android, dimana Nokia bekerjasama dengan pengeluar peranti dari China dan melesenkan jenama serta rekaan mereka – termasuk penggunaan teknologi launcher pada tablet berkenaan.

Berkemungkinan kita akan dapat melihat penawaran lebih kurang sama, dimana pengeluar atau syarikat lain menggunakan jenama Nokia, tetapi hadir dengan ia menggunakan rekaan dan teknologi daripada Nokia.

Jenama Nokia ini dijangka akan hadir kembali ke pasaran telefon mudah-alih sekitar suku ke-4 2016 kelak.


TIPS & ULASAN