Carian
DXO One – Kamera Tambahan 20 Megapixel Untuk Peranti iOS
June 19, 2015 Effi Saharudin

Kamera tambahan yang boleh ditambah kepada peranti pintar bukanlah idea baru. Sony ada mengeluarkan siri QX100 mereka beberapa tahun yang lalu. Dengan lensa pintar QX, kualiti gambar yang diambil menggunakan peranti pintar akan meningkat kerana menggunakan kamera yang mempunyai lensa dan sesnsor yang lebih baik.

DXO-One-1

DXO One ialah sebuah lagi kamera tambahan tetapi ianya direka khas untuk digunakan dengan peranti Iphone. Ia disambungkan secara terus dengan peranti menggunakan port Lighthing. Kamera tambahan ini dilengkapai sensor 20 Megaxpixel sebesar 1″ dengan lensa f/1.8. Kemampuan pula hanya 1080P 30 FPS dan 720P 120 FPS.  Terdapat aplikasi khas yang disertakan bagi menggunakan DXO One. Melalui aplikasi ini pengguna dapat mengawal kamera secara manual persis sebuah DSLR. Kesemua gambar yang diambil akan disimpan terus kedalam kad MikroSD.

Harga jualan DXO One ialah  $599 (RM 2225) dan boleh dipesan sekarang. Rasanya teknologi ini lebih releven kepada pengguna iPad kerana tablet ini tidak mempunyai kemampuan kamera yang baik. Tiada perancangan setakat ini untuk DXO One untuk peranti Android, Blackberry ataupun Windows Phone.

DXO-One-2

Komen