Lubang Jalan Di Panama Akan Mengantar Tweet Kepada PBT Selagi Ia Tidak Ditampal

Lubang Jalan Di Panama Akan Mengantar Tweet Kepada PBT Selagi Ia Tidak Ditampal

Diterbitkan pada June 19, 2015 oleh .

di United Kingdom kerosakan yang diakibatkan oleh jalan berlubang mencecah RM 16 Billion setahun. Ini memberi idea kepada Range Rover untuk menghasilkan sistem gantungan pintar yang merubah tahap kekerasannya secara automatik apabila melanggar lubang. Sistem pintar ini masih dalam proses percubaan dan tudak akan menyelesaikan masalah lubang di atas jalan raya yang sedia ada.

Tweeting-pothole-4-e1433412082657

Di Panama penyelesaian kepada masalah ini mungkin telah ditemui oleh agensi pengiklanan Ogilvy and Mathers. Mereka mencipta alat yang akan menghantar tweet kepada pihak berkuasa tempatan setiap kali ianya dilanggar. Tweet yang dihantar kemudian menjadi viral sehingga memaksa pihak PBT untuk segera menampal kerosakan sebelum mereka dimalukan orang ramai. Di dalam beberapa kes lubang berjaya di tampal dalam masa 24 jam selepas tweet diterima oleh PBT.

Tweet-Pothole-1Idea menggunakan media sosial yang menarik dan nampak keberkesanannya. Di Malaysia sejak kebelakangan ini penggunaan media sosial juga berjaya memaksa PBT  untuk mempercepatkan proses baik pulih kerosakan. Contoh terbaik ialah sekolah tanpa dinding di Tuaran. Selepas gambar kedaifan sekolah ini tersebar di media sosial, pihak Kemeterian Pendidikan terus membina bangunan sekolah baru lengkap dengan penghawa dingin. Penggunaan media sosial yang baik seperti ini harus diteruskan kerana ianya satu-satunya cara yang nampaknya berkesan untuk memaksa pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah dengan cepat di mana sahaja anda berada.

 


TIPS & ULASAN