Samsung Memperkenalkan Galaxy J5 & J7 – Hadir Dengan Flash Pada Bahagian Hadapan

Samsung Memperkenalkan Galaxy J5 & J7 – Hadir Dengan Flash Pada Bahagian Hadapan

Diterbitkan pada June 19, 2015 oleh .

Di pasaran ada beberapa peranti yang mempunyai flash untuk kamera hadapan. HTC Desire Eye, Sony Xperia C3 dan  Asus Zenfone Selfie adalah tiga contoh peranti dengan flash LED pada bahagian hadapan. Samsung tidak mahu ketinggalan memasuki arena peranti niche ini dan mereka baru sahaja melancarkan Galaxy J5 dan J7 di China.

samsung-galaxy-j7

Kedua-dua peranti dwi-SIM ini mempunyai sebuah flash LED pada bahagian hadapan. Galaxy J5 mempunyai skrin 5″ dan diperkasakan pemproses 1.2 GHz empat teras Snapdragon 410, RAM 1.5 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte. Galaxy J7 pula mempunyai skrin 5.5″ dan diperkasakan pemproses lapan teras Snapdragon 615, RAM 1,.5 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte.. Kedua-duanya mempunyai kamera utama sebesar 13 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Kapasiti bateri pula ialah 2600 mAh untuk J5 dan 3000 mAh untuk J7.

Harga jualan untuk J5 ialah 1398 Yuan ( RM 840) dan J7 ialah 1798 Yuan (RM 1080) . Kedua-dua peranti hanya akan dijual di pasaran China terlebih dahulu, Tiada maklumat lanjut sama ada ia kan djual di luar pasaran China buat masa ini.

Samsung-Galaxy-J5


TIPS & ULASAN