Cari @ Amanz

Terdapat beberapa perkhidmatan penstriman muzik di pasaran pada hari ini, dan ia kian menjadi meriah dengan penyertaan pelbagai syarikat baru dari hari ke hari. Terkini, Joox daripada Tencent China (syarikat disebalik WeChat) turut menyasarkan untuk memperkenalkan perkhidmatan mereka di Malaysia – seawal minggu hadapan.

Menggunakan Joox, pengguna boleh mendengar radio, membuat carian carta teratas, serta menikmati pelbagai penawaran audio secara percuma melaluinya. Ia turut mempunyai perkhidmatan berbayar dinamakan sebagai JOOX VIP.

Joox

Perkhidmatan ini dijadualkan untuk dilancarkan secara rasminya pada minggu hadapan. Tetapi sebagai persediaan awal untuknya, kini laman rasmi JOOX turut telah ditawarkan dalam pilihan bahasa Malaysia, selain menyenaraikan sejumlah artis tempatan dan lagu-lagu tempatan pada perkhidmatan tersebut.

JOOX juga turut telah mengemaskini aplikasi mereka di Android dan iOS, dimana perubahan terbaru mengatakan perkhidmatan tersebut telah tersedia di Malaysia.

Kami akan membawakan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini daripada perkongsian pihak Joox Music di Malaysia yang dijadualkan pada minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd