Cari @ Amanz

Sejak beberapa bulan lepas, beberapa peranti tiruan Oppo telah mula dijual di pasaran, sekaligus membuatkan beberapa pengguna tertipu dan membelinya. Pihak Oppo Malaysia sebelum ini telah menekankan untuk membeli daripada pengedar rasmi sahaja, dan hari ini mereka memperkenalkan sebuah laman khusus untuk pengguna tempatan menyemak IMEI peranti mereka.

Melalui laman ini, pengguna boleh menyemak sama ada peranti mereka adalah set tempatan ataupun tidak, dan pada masa yang sama memastikan ia merupakan set rasmi daripada Oppo Malaysia ataupun sebaliknya. Seperti semua sedia maklum, angka IMEI adalah unik untuk setiap peranti, dan turut boleh digunakan untuk nyah-aktifkan peranti anda jika berlaku kecurian atau kehilangan.

Oppo Malaysia IMEI

Untuk menyemak angka IMEI pada peranti, pengguna hanya perlu mendail *#06# dan peranti anda akan memaparkan angka IMEI untuk telefon anda. Seterusnya, bagi pengguna peranti Oppo, anda boleh melayari laman khusus yang disediakan Oppo Malaysia untuk menyemak ia adalah set rasmi tempatan ataupun sebaliknya. Jika peranti anda tersenarai, maka ia adalah set rasmi, dan anda boleh menuntut jaminan daripada Oppo Malaysia sekiranya berlaku kerosakkan dan beberapa perkara lain mengikut terma jualan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd