Amran Run – Permainan Kasual Yang Menguji Kesabaran Anda

Amran Run – Permainan Kasual Yang Menguji Kesabaran Anda

Diterbitkan pada June 19, 2015 oleh .

Sejak populariti Flappy Bird pada tahun lepas, pelbagai permainan dengan konsep seumpamanya hadir – dimana ia menawarkan bentuk permainan yang ringkas tetapi sukar dimainkan. Terkini, salah satu permainan dengan konsep sukar untuk dimainkan yang hadir adalah Amran Run.

Amran Run

Melalui Amran Run, pengguna perlu mengawal watak Amran untuk berlari melepasi beberapa halangan – seperti mengelak papan tanda, wang rasuah, dan juga tanda GST. Pemain akan menerima mata untuk setiap halangan yang dielak, dan memandangkan aplikasi ini menggunakan integrasi Google Play Store, maka anda turut boleh bersaing dan melihat mata yang dikumpulkan oleh rakan-rakan anda lain.

Apa yang membuatkan permainan ini mencabar adalah dimana pengguna perlu tap pada skrin dalam kaedah berlawanan – dimana untuk berlari ke kiri, pengguna perlu tap kanan – dan begitu juga sebaliknya.

Kami telah mencuba untuk memainkannya secara ringkas, dan kami masih gagal mendapatkan sebarang skor buat masa ini.

Permainan ini hadir dengan sokongan iklan, tetapi bagi anda yang tidak meminati iklan, boleh membuangnya dengan membuat pembelian-dalam-aplikasi.

Amran Run

Muat-Turun Amran Run untuk Android


TIPS & ULASAN